Tuesday 7 February 2012

Latihan 5 Peribahasa

Jawab soalan berdasarkan jawapan yang diberi.

Saya tidak menyangka bahawa pemuda itu ................................... hendak meminang saya.



  1.   ada hati
  2.   isi hati
  3.   jauh hati
  4.   cekal hati

Latihan 4-Soalan Berpandukan gambar

Bina karangan berdasarkan gambar di atas. Karangan anda hendaklah tidak melebihi 250 patah perkataan.

Thursday 2 February 2012

Latihan 3 Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang diberi.

Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia ................. untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.
A.mengambil peluang B.mengambil langkah C.mengambil berkat D.mengambil masa

Latihan 2 Soalan Tatabahasa : Simpulan Bahasa

Jawab Soalan Brdasarkan Jawapan yang diberi.

1 Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat .................bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.
A. jalan keluar B. jalan belakang C. jalan pintas D. jalan tengah

Latihan 1 Bacaan dan Kefahaman

Baca Petikan berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan berikut.


KUALA LUMPUR 19 Ogos – Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur telah mengenal pasti sekurang-kurangya 10 kawasan pembuangan sampah secara haram di ibu kota. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dilakukan oleh kontraktor binaan, pengangkut sampah persendirian dan juga para peniaga pasar malam.
Kegiatan ini dipercayai dilakukan selepas pukul dua belas tengah malam dan sampah sarap itu dibuang secara pukal walaupun di kawasan larangan yang ditetapkan oleh DBKL. Kawasan yang sering menjadi tempat pembuangan sampah tersebut adalah di Taman Maluri, Kompleks Damai, Jalan Bukit Bintang, Jalan Bukit Lanjan, kawasan Jalan Masjid India dan Jalan Sungai Besi.
Kebanyakan kontraktor suka membuang sisa-sisa binaan di merata-rata tempat dan membiarkan tugas memungut dilakukan oleh pihak DBKL. Tindakan mereka menyebabkan kekotoran, laluan kenderaan menjadi sempit dan menghalang lalu lintas.
Beberapa peniaga pasar malam di Jalan Tuanku Abdul Raman juga turut terlibat. Mereka didapati membuang sampah di sebelah kawasan Masjid India sementara sesetengah peniaga air tebu membuang hampas tebu di luar tong sampah.
Ada juga perbuatan membuang bahan buangan domestik, iaitu sisa makanan dan kotoran rumah di kawasan yang bukan tempat pelupusan sampah daripada lori sampah persendirian. Kebanyakan kes ini melibatkan lori-lori kecil yang beroperasi mengikut arahan pemaju perumahan untuk mengutip sampah. DBKL telah menyediakan dua tempat pelupusan sampah, iaitu di Jinjang dan Salak Selatan, Sungai Besi. Pengangkut sampah persendirian sepatutnya membuang bahan-bahan buangan di dua tempat berkenaan , bukannya membuang di merata-rata tempat yang mereka suka.
Kebanyakan warga kota juga lebih suka membuang sampah di merata-rata tempat walaupun telah diketahui jumlah denda yang akan dikenakan ke atas mereka. Kesedaran sivik yang masih kurang di kalangan warga kota telah menyebabkan keadaan ini berlaku. Oleh itu, kempen tertentu harus dilakukan khusus untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya prihatin terhadap kebersihan alam sekitar.


  1. Apakah masalah yanng dihadapi oleh Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur ?.
A. Masalah ketiadan kesedaran sivik di kalangan warga kota.
B. Masalah kesedaran lalu lintas.
C. Masalah-masalah kontraktor–kontraktor haram.
D. Masalah pembuangan sampah secara haram di sekitar ibu kota.